visualcrackers
Friday, September 4, 2009
catatan seni - Kekeliruan Tampak – dalam penghayatan Seni Tampak
Penghayatan seni tampak kini telah berganjak kepada disiplin kritik pengucapan yang agak paradoxikal, kerana ia telah berhadapan dengan suatu fenomena baru mengenai pengucapan penghayatan. Keadaan perubahan yang berlaku ini atas kondisi kepada peningkatan ‘visuality’ (penghayatan tampak) dalam kemelut dan cabaran persekitaran budaya kontemporari yang dihadapi. Persoalan baru terhadap sesuatu isu telah menyangkal banyak perkara dalam kehidupan masyarakat dan desakan daripada situasi yang ada memaksa meminda ruang yang lama kepada suatu ‘currency visuality’ (persepsi umum) dengan kuasa pengucapan bentuk yang berpandukan kepada media baru (new media), secara lebih interaktif. Paradigma ini berlaku atas persekitaran ‘visuality’ yang ada, di mana banyak mempersoalkan kepada suatu teks pengucapan yang lebih kritikal terhadap media yang dihasilkan, terutamanya sifat ‘internal coherence of the authors’ atau dalam bahasa lainnya suatu intipati bentuk rangkaian pemandangan pengarang tentang konsep (tanda, sistem, imej, subjek) atau sesuatu bidang (falsafah, sejarah, sains dan seni) kepada apa yang dikonsepsualisekan.Perubahan daya penghayatan atas suasana yang baru membawa juga kepada pengiringan tentang perubahan ilmu seni dan sejarah seni. Pengwujudan persekitaran telah memaksa kepada suatu rombakan tentang perkara asas aspek penghayatan kepada produksi rejim pengetahuan yang bersandarkan identiti diri melalui konsep dan bidang yang diutarakan. Pembentukan rejim pengetahuan yang berlaku secara tak langsung menyoal kepada sistem pengajaran dan pengetahuan terhadap struktur interaksi yang bukan lagi duduk atas landasan ‘common sense’ atau interpretasi atas dasar ‘rasa’ tetapi diolah daripada objek yang dihasilkan mengikut asas formulasi diri dalam pengetahuan yang berbeza. Kini pengolahan sistem tanda berkembang kepada kuasa graviti pengetahuan yang sistematik dalam membentuk ilmu serta peranannya pada pembudayaan tampak dan medium yang diajukan. Medium bukan lagi sebagai bahan, tetapi ia merupakan teks yang menceritakan suatu ‘figuratif phenomenal’ dalam sesuatu ruang. Ia tanda kepada kuasa si penghayat dalam mengatur pengucapan objek kepada nilai komunikasi dan bagaimana bentuk pengetahuan ilmu komunikasi dapat digarap sebagai penyumbangan dalam membina pengetahuan yang ada.Justeru, falsafah estetik hanya berperanan untuk membezakan media melalui kriteria dan mengaturnya mengikut nilai hairaki. Ertikata lain, suatu pengucapan mengenai susunan format persepsi mengikut identiti diri dalam mempamerkan kelunjuran tingkatan yang material dan bersifat sementara. Fokus utama sepatutnya lebih menitikberatkan sistem dan unjuran komunikasi mengenai media sebagai suatu makna dan diterjemahkan mengikut kerangka dan lingkungan komunikasi yang dibina. Dalam konteks ini, penekanan pengajian visual (visual studies) secara intrinsik merupakan sumber yang berperanan dalam menyingkap kepada persoalan ‘media sebagai makna’ dan hubungkaitnya dengan pembudayaan seni kontemporari. Agak malang, apabila seseorang hanya berbangga dengan pengolahan yang dikatakan ‘mengikut aliran semasa(kontemporari), padahal format yang dijelmakan telah menyimpang daripada kerangka yang sebenar. Dan menyedihkan lagi apabila literaturnya berada pada tahap yang konvensional. Penyimpangan yang berlaku disebabkan kedangkalan pelukis dalam memahami karakter bentuk(figural) sebagai suatu pengucapan makna. Oleh itu, terdapat suatu kekeliruan interpretasi mengenai apa yang digambarkan dengan apa yang diucapkan. Kedangkalan disebabkan format pengetahuan persepsi masih berlegar dalam nada ucapan mengikut ‘rasa’, di mana keseluruhan kenyataan tiada hairaki nilai yang boleh dijadikan asas perkembangan ilmu dan pembentukan minda budaya visual itu sendiri sebagai disiplin kritikan pengucapan. Kejayaan pengolahan hanya berkisar kepada genre semasa atas publisiti media dan perkembangan sejarah tampak untuk menjadi ikut-ikutan tanpa mengira politik seninya. Kehebatan yang ada adalah kehebatan bertukang dan melakar dalam memenuhi pangilan ekonomi, dimana sifatnya ia sesuatu yang amat menyeronokan.Kelemahan dan kedangkalan dalam pengutaraan bentuk banyak bergantung kepada sifat kekeliruan yang ada di mana ia seringkali menemui jalan buntu dalam mengarahkan ucapan persepsi atas landasan komunikasi bermakna. Ucapan hanya sekadar ekspressi, dan bukan pernyataan bentuk secara dialogikal mengenai medium dan rahsianya. Kerana boleh dikatakan setiap ‘representation’ objek adalah ‘virtuallity’(maya). Saya beranggapan demikian kerana faktor bentuk bukan sesuatu yang berbentuk, ia adalah ilusi dan bayangan daripada sesuatu kejadian yang dijelmakan melalui pengucapan. Pengucapan adalah nadi kepada perkenalan bentuk yang berfungsi sebagai tanda tanya daripada apa yang direpresentasikan. Perkara ini berkaitan dengan permasalahan falsafah di mana inovasi dan ‘critical of concepts’ lahir seiring dengan kemunculan sejarah ‘media baru’(new media) sebagai rombakan kepada sistem visual. Intipati falsafah memerlukan persoalan baru dalam menangani permasalahan terhadap visuality bentuk kepada kewujudan media baru itu, terutama dalam pernyataan ‘currency visuality’.Dengan aliran dan perkembangan media baru sudah tentu ia berhadapan dengan cara ucapan yang berlainan, kerana pengutaraan media bukan lagi bersifat dimensi yang mendatar tetapi ia telah berubah kepada ucapan berbentuk maya dalam tatabahasa ruang linguistik falsafah yang berbeza. Kerana pengutaraannya bukan lagi diucapkan dalam sistem estetik yang biasa tetapi suatu lonjakkan falsafah dan kefahaman yang seiring dengan medium yang digunakan. Oleh yang demikian saya melihat keseluruhan konsep perlu dirombak samada dalam pernyataan bentuk visualnya atau perbahasannya, disamping tradisi falsafah terutama daripada mana ia diutarakan, dalam erti lain punca kewujudan sesuatu medium itu lahir atau landasannya. Contohnya, pengucapan bahasa dalam penghayatan catan sudah tentu berbeza dalam pengutaraan installasi(seni pemasangan) kerana ia berhadapan dengan dimensi visual yang amat berlainan. Dalam pengutaraan yang berlainan ini, seseorang tidak mungkin lagi membaca mengikut sistem visual yang lazim, tetapi posisi ini memerlukan kepada dua perspektif kritism iaitu daripada sudut geneologikal estetik dan konsep pengkajian yang dihasilkan daripada new media(media baru) melalui kesan tanda bentuk (tubuh) dan budaya audio visual. Di mana era yang berlaku kini ia bukan lagi membawa kepada pengetahuan disiplin yang tertumpu kepada persoalan imej dan tanda, tetapi kepada era simulasi dengan kenyataan pelbagai gelombang disiplin.Perubahan sistem wacana amat diperlukan dalam membawa penuntun membaca budaya visual kepada suatu terminologi pengucapan mengikut bahasa persekitaran. Cara melihat dan berinteraksi memerlukan istilah dan kefahaman secara ‘serious’ dimana ia bukan sahaja hanya tertumpu kepada kewujudan media baru (televisual dan digital art) tetapi kepada suatu penelitian terperinci kepada permasaalahan ‘social consequences’. Oleh itu, cara pengucapan dan pengetahuan yang diatur dalam ilmu seni melalui sistem pendidikan perlu ditingkatkan. Dengan adanya lodakan media baru, persoalan-persoalan terkini yang mendominasi ‘mass culture’ memerlukan suatu wacana mengenai peranan komunikasi, bentuk visual (representation) dan perpindahan ilmu(knowledge transformed) yang berteraskan pengucapan ‘science fiction’ dan simulasi – seperti mana terdapat dalam pendidikan, hiburan, perubatan, perhubungan komunikasi, dan pengangkutan di mana perpindahan dan penyusunan semula teknologikal dapat dijana dalam ruang sosial. Semoga pengetahuan dan anjakan maklumat ini akan memberi ruang inovasi dan penciptaan kepada pengalaman ‘of social time and space restructured by the communicational architecture of audiovisual culture’(D.N.Rodowick, 1994. Audiovisual culture and interdisciplinary knowledge) sebagai sumber dan menidakkan kedangkalan terhadap kekeliruan tampak sebagaimana yang berlaku, terutama dalam ‘the distributaion of signs’
*artikel ini telah diterbitkan dlm majalah Masa - Terbitan Oracel Sdn.Bhd
Posted by naser at 1:17 AM
Friday, February 26, 2010
Monday, February 22, 2010
vampire’s confession
mencoba hidup dan berpikir seperti manusia
« sejarah seni rupa dunia (1)
mimpi di siang hari »
sejarah seni rupa dunia (2)
SENIRUPA ABAD 17-19
BAROQUE (1600-1750)Baroque pertama kali lahir di Italy, kemudian di adopsi oleh Perancis, Jerman, Belanda dan Spanyol.Pada seni lukis dan patung, ada 3 ciri utama penanda gaya era ini:1. seni yang berkaitan dengan pergerakan kristiani dengan ciri religius. Diprakarsai oleh Bernini dan Ruben2. Revolusi dalam teknik dramatisasi dengan penggunaan bayangan yang kuat. Diprakarsai oleh Carravagio3. Seni lukis yang menceritakan kehidupan sehari-hari. Diprakarsai oleh Rembrandt dan Vermeer.
ROCOCO (1700-1760)Rococo lahir di Perancis (Louis XV) dan merupakan kelanjutan dari Baroque. Baroque memberikan pengenalan tentang keberadaan manusia dan Rococo adalah representasi visual terhadap optimisme manusia itu sendiri yang dijabarkan lebih informal.Ciri Rococo adalah murni ornamental, ringan, dan kasual. Penggunaan warna pastel, keanggunan garis-garis lengkung serta mencirikan figure-figur indah.
SENIRUPA AKHIR ABAD 19
REALISME (1850-1880)Zaman ini merupakan zaman dimana ilmu pengetahuan mampu menyelesaikan masalah manusia.Realisme merupakan bentuk dari ekspresi yang menggambarkan kebenaran dan keakuratan yang tertuang pada obyek lukisan. Realisme lebih focus terhadap potret kehidupan sehari-hari, perilaku, masalah moral dari masyarakat kelas menengah dan bawah.
MODERNISME (dimulai 1850)Era modernisme merupakan era terhadap peninjauan kembali pada bermacam-macam eksperimen dan trend avant garde. Seni pada zaman ini lebih kearah eksplorasi dan pengembangan ide secara edukatif dan orisinil. Seni bukan lagi merupakan hal yang hanya mampu dimengerti oleh seniman pembuatnya, tetapi lebih pada pemahaman makna yang ditujukan pada orang lain. ‘Form follows function’ merupakan penanda zaman ini.Penanda pergerakan modern antara lain Gustav klimt, Matisse, Mondrian, lukisan-lukisan surealisme, kubisme yang diprakarsai oleh Picasso dan George Braque, Dadaism, International style ‘Bauhaus’ dan socialist realism.Penemuan komunikasi, transportasi, dan ilmu pengetahuna juga berdampak pada penemuan teknologi baru yang disebut sebagai futurism dalam istilah kesenian masa ini. Modernism dan konsumerisme massa merupakan penanda transisi masa ini dengan masa selanjutnya yang dikenal sebagai postmodernism.
IMPRESSIONISME (Akhir 1860an s/d akhir 1890an)Impresionisme lahir di Perancis sebagai wujud dari ketertarikan terhadap dunia ilmu pengetahuan dalam pengalaman actual yang dititik beratkan pada efek pencahayaan dan pergerakan obyek lukis itu sendiri.Ada 2 ide dasar yang tersirat dizaman ini, adalah:1. Landscape sebagai obyek utama2. Konsepsi intelektualitas yang merupakan bagian dari naturalis dan realis.Seniman lukis terkenal pada masa ini adalah Claude Monet.
ART NOUVEAU (1880-1914)Zaman ini merupakan pergerakan revolusioner dimana adanya pembatas yang tegas antara seni murni dan seni terpakai. Art Nouveau lebih menitik beratkan pada konsep pemahaman kehidupan modern dan metode produksi. Seniman diharuskan berkreasi mulai dari arsitektur hingga furniture design, sehingga seni merupakan bagian dari kehidupan sehari-hari. Keindahan dan harmoni merupakan bagian dari kehidupan keseharian; seniman turut serta membuat kehidupan manusia lebih indah.‘Function follows form’ merupakan penanda zaman ini. Ciri seni zaman ini adalah; sedikit dekorasi, sederhana dan indah.Art Nouveou sangat mempengaruhi perkembangan gaya De Stijl (Belanda; 1920an) dan Sekolah Bauhaus di Jerman (1920an-1930an).
SENIRUPA EKSPRESIONISME ABAD 20an
KUBISME (Awal 1908)Kubisme merupakan alirang yang paling radical, innovative dan berpengaruh besar terhadap perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Ciri dari aliran ini adalah penjabaran bentuk-bentuk realis kedalam bentuk geometris dengan pendekatan bentuk dan warna; kanvas diibaratkan sebagai media pecahan kacaPenggagas aliran ini adalah Pablo Picasso dan Georges Braque.
FUTURISME (1909-1914)Futurisme merupakan kelanjutan dari gaya kubisme. Gaya futurisme lebih menceritakan tentang perkembangan teknologi. Mobil, pesawat, kota industri, yang menitik beratkan gambaran kehidupan manusia modern dan hasil teknologi melebihi penceritaan alam sekitar seperti halnya yang dilakukan seniman-seniman pada masa sebelum futurisme.
DE STIJL (1916-1931)Seniman terkenal pada masa ini adalah Mondrian (pelukis) dan Rietvald (arsitek). Mereka menuangkan bentuk-bentuk dekoratif kedalam bentuk geometris dengan teori Neo Plasticism (Mondrian) “kreasi baru seni …hanya dapat didasarkan pada abstraksi dari semua bentuk dan warna (baca: garis tegas dan warna-warna utama).”(Le Moine 1987, p.29)
SENIRUPA AWAL ABAD 20an
ART DECO (1910-1939)Art Deco merupakan wujud tampilan dari pergerakan modernisasi yang pesat. Ciri-ciri seni art deco adalah modern dan simple, elegan dan mampu membuktikan bahwa gaya semacam ini abadi sepanjang masa.
BAUHAUSS (1919-1933)Bauhauss merupakan sekolah design pertama yang digagas oleh Walter Gropius.Pengertian seni dan teknologi pertama kali dikenalkan oleh sekolah ini. Sekolah ini berpengaruh kuat terhadap lahirnya tren arsitektur dan seni modern pada era industrialisasi di eropa barat dan Amerika.
DADAISME (1916-1924)Dadaisme atau dada merupakan gaya yang lahir sesudah perang dunia I, terutama bergerak dibidang sastra, teater dan desain grafis. Dada bukanlah merupakan seni tetapi anti seni. Dada tidak lagi mengindahkan estetis, Dada tidak memiliki makna pada karya tetapi lebih cenderung tergantung pada interpretasi pemerhati karya gaya ini.
SENIRUPA 1920an
SURREALISME (1924)Zaman ini merupakan zaman pergerakan dimana seniman, pemikir dan periset bekerjasama untuk mencari makna dibalik ekpresi bawah sadar. Pemikiran rasional adalah bentuk manifestasi kekuatan dari kreatifitas dan imajinasi yang kemudian direfleksikan pada ekspresi seni.
SENIRUPA SESUDAH 1950an
POP ART (Awal 1956 (Inggris); Awal 1960an (USA))Di Inggris (Marchel Duchamp), pop art digunakan sebagai bentuk manifestasi penggunaan obyek, material dan teknologi dari budaya massa ke komunitas industri. Paham ini banyak digunakan untuk bidang-bidang advertising, fotografi, komik strip, dan berbagai bentuk media massa yang lain. Semuanya hanya berupa image (gambar) yang siap dikonsumsi untuk masyarakat luas.

Tuesday, February 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)